"Selamat Datang ke Wadah Ilmu Sastera Bandingan - ยินดี ต้อนรับ สู่ เวที วรรณคดี เปรียบเทียบ ความ รู้"

Saturday, January 2, 2010

Karya

Sehingga kini, para sarjana sama ada sarjana Thai atau sarjana asing belum lagi menghasilkan kajian ilmiah mereka secara meluas tentang cerita Panji atau Ruang Inau secara perbandingan dengan cerita-cerita panji Melayu. Oleh kerana itu, buku ini lebih merupakan satu percubaan awal untuk melihat persamaan dan perbezaan yang terdapat dalam cerita-cerita panji Thai dan panji Melayu.

Buku ini membicarakan mengenai pengenalan kesusasteraan Thai secara umum, latar belakang sejarah perkembangan dan kedudukan cerita-cerita panji Thai di Thailand baik dari segi genre atau dalam bidang yang lain. Yang penting ialah mengenai isi kandungan termasuklah tentang babak, watak dan peranan watak dalam naskah-naskah pilihan.

1 comment:

  1. Assalammualaikum, saya Noorasikin Azis pelajar sarjana sastera di Universiti Sains Malaysia. Saya berminat dengan cerita panji, oleh itu saya ingin meminta pandangan Prof Madya. Dr Rattiya, adakah cerita panji ini boleh diangkat menjadi karya agung masyarakat Jawa seperti Babad Tanah Jawa? Itu sahaja persoalan saya, sekian terima kasih.

    ReplyDelete