
Menyentuh aspek kerjaya, Rattiya Saleh merupakan penyandang jawatan sebagai Prof. Madya di Universiti Thaksin, Muang, Songkhla, Thailand. Beliau adalah pensyarah sepenuh masa di bawah Jabatan Bahasa Thai dan Bahasa-Bahasa Timur. Sehingga kini, beliau masih berkhidmat di Fakulti Sains Kemanusiaan dan Kemasyarakatan, Universiti Thaksin, Muang, Songkhla, Thailand.
Pada tahun 2002, beliau dijemput bagi menyampaikan Kuliah Kesusasteraan Bandingan MASTERA. Menerusi kuliah tersebut, beliau berkongsi serta mencurahkan ilmu sastera bandingan beliau dalam aspek Hubung Jalin antara Sastera Melayu dengan Thai. Kuliah tersebut merupakan anjuran Bahagian Pengembangan Sastera Antarabangsa, Jabatan Sastera Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
No comments:
Post a Comment