"Selamat Datang ke Wadah Ilmu Sastera Bandingan - ยินดี ต้อนรับ สู่ เวที วรรณคดี เปรียบเทียบ ความ รู้"

Saturday, January 2, 2010

Pendidikan

Menerusi aspek pendidikan, Rattiya Saleh merupakan salah seorang daripada alumni UKM. Bidang pengkhususan beliau adalah Kesusasteraan Melayu. Kajian yang beliau hasilkan berkaitan dengan Panji Thai dalam Perbandingan dengan Cerita-Cerita Panji Melayu. Projek Sarjana beliau diselia oleh Dr. Harun Mat Piah. Sepanjang menjalankan kajian di peringkat Sarjana, beliau mendapat pembiayaan biasiswa penuh daripada Srinakharinwirot University Foundation, Bangkok, Thailand.


Seterusnya, tesis PhD beliau diselia oleh Prof. Dr. Noriah Mohammad, di Jabatan Persuratan Melayu, FSSK, UKM. Bagi kajian tesis PhD beliau, wujud kecenderungan untuk mengkaji kisah Hikayat Carang Kulina. Oleh itu, setelah perbincangan bersama penyelia diadakan, maka satu kajian bertajuk Hikayat Carang Kulina : Analisis Teks dan Kesinambungan dalam Kehidupan Masyarakat Melayu Muslim Patani disiapkan pada tahun 2001.

No comments:

Post a Comment